Sel. P.U. 14/2009
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN, PENJAGAAN DAN PENGAJARAN BAGI MUALLAF (NEGERI SELANGOR) 2009

BAHAGIAN VII - PELBAGAI



Peraturan 32. Penukaran nama dalam kad pengenalan

(1) Seseorang muallaf warganegara Malaysia yang telah didaftarkan di bawah seksyen 111 Enakmen, bolehlah membuat permohonan penukaran nama dalam kad pengenalan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

(2) Walau apa pun, Pendaftar Muallaf bolehlah mengikut budibicaranya menghendaki mana-mana muallaf menukar nama asalnya kepada nama yang sesuai menurut pandangan hukum syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.