Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian V - KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI



Peraturan 31. Perlucuthakan emolumen kerana tidak hadir untuk bertugas

(1) Jika seseorang pegawai didapati bersalah kerana tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, dia tidak berhak kepada apa-apa emolumen bagi tempoh ketidakhadirannya dan segala emolumen sedemikian hendaklah disifatkan telah terlucuthak walaupun Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan tidak mengarahkan perlucuthakan itu.

(2) Seseorang pegawai yang emolumennya telah terlucuthak di bawah subperaturan (1) hendaklah diberitahu secara bertulis mengenai perlucuthakan itu.

(3) Perlucuthakan emolumen oleh sebab subperaturan (1) bukanlah suatu hukuman tatatertib.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.