Sel. P.U. 14/2009
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN, PENJAGAAN DAN PENGAJARAN BAGI MUALLAF (NEGERI SELANGOR) 2009

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN MUALLAF



Peraturan 24. Permohonan pindaan butiran

(1) Seseorang muallaf boleh memohon untuk meminda atau membetulkan apa-apa butiran berkenaan dengan dirinya dalam Perakuan Memeluk Agama Islam dengan menggunakan Borang E dan mengemukakannya kepada Pendaftar Muallaf.

(2) Pendaftar Muallaf boleh, jika berpuas hati, membuat pindaan atau pembetulan ke atas butiran dalam Daftar Muallaf dan mengeluarkan suatu Perakuan Memeluk Agama Islam dengan butiran yang baru.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.