Sel. P.U. 14/2009
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN, PENJAGAAN DAN PENGAJARAN BAGI MUALLAF (NEGERI SELANGOR) 2009

BAHAGIAN III - TATACARA MEMELUK AGAMA ISLAM



Peraturan 21. Pendaftaran kanak-kanak sebagai muallaf

(1) Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga yang memeluk agama Islam dan mempunyai kanak-kanak dalam jagaannya, boleh membuat permohonan untuk mendaftarkan kanak-kanak itu sebagai seorang muallaf dengan menggunakan Borang A.

(2) Kanak-kanak yang mana ibu atau bapa atau penjaganya bukan beragama Islam hendaklah, setelah mendapat keizinan ibu atau bapa atau penjaganya, membuat permohonan memeluk agama Islam dengan menggunakan Borang B.

(3) Tiap-tiap permohonan pendaftaran di bawah subperaturan (1) dan (2) hendaklah tertakluk kepada peraturan 18, 19, 20, 22 dan 23 kecuali atas sebab yang difikirkan munasabah oleh Pendaftar Muallaf.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.