Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian IV - TATAKELAKUAN



Peraturan 10. Pekerjaan luar

(1) Melainkan jika setakat yang dia dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian dalam perjalanan tugasnya sebagai seorang pegawai Majlis, seseorang pegawai tidak boleh—


(2) Walau apa pun subperaturan (1) seseorang pegawai boleh, dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam subperaturan itu, sama ada bagi faedahnya atau bagi faedah saudara-maranya yang dekat atau mana-mana badan tidak mencari keuntungan yang baginya dia menjadi seseorang pemegang jawatan.

(3) Dalam menimbangkan sama ada atau tidak kebenaran patut diberikan kepada mana-mana pegawai di bawah subperaturan (2), Ketua Jabatan hendaklah memberikan perhatian kepada tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan 8 dan hendaklah memastikan bahawa aktiviti atau perkhidmatan itu—

(4) Kecuali sebagaimana yang ditetapkan selainnya oleh Majlis, segala jumlah wang yang diterima oleh seseorang pegawai sebagai saraan kerana menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah didepositkan dengan Majlis sementara menunggu keputusan Ketua Jabatan tentang amaun, jika ada, yang boleh disimpan oleh pegawai itu sendiri dan oleh mana-mana pegawai lain yang membantu pegawai itu dalam menjalankan aktiviti atau melaksanakan perkhidmatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.