Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian VII - TATACARA TATATERTIB
Bab 3 - PROSIDING TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT



Peraturan 42. Jawatankuasa Penyiasatan

(1) Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah terdiri daripada dua orang pegawai dan seorang Ahli Majlis yang tidak menganggotai Jawatankuasa Tatatertib sebagai Pengerusi.

(2) Pegawai yang menganggotai Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang disiasat itu tetapi Ketua Bahagian pegawai yang disiasat itu tidak boleh menjadi anggota Jawatankuasa Penyiasatan.

(3) Walau apapun subperaturan (1) dan (2), Jawatankuasa Penyiasatan boleh terdiri daripada tiga orang Ahli Majlis yang ditentukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.