Sel. P.U. 14/2009
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN, PENJAGAAN DAN PENGAJARAN BAGI MUALLAF (NEGERI SELANGOR) 2009

BAHAGIAN II - JAWATANKUASA HAL EHWAL MUALLAF



Peraturan 14. Kehadiran bukan anggota dalam mesyuarat

(1) Pengerusi boleh menjemput mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian Jawatankuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

(2) Mana-mana orang yang hadir sedemikian di bawah subperaturan (1) tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.