Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian IV - TATAKELAKUAN



Peraturan 16. Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah

(1) Jika Ketua Jabatan berpendapat bahawa seseorang pegawai adalah atau tampaknya—

Ketua Jabatan hendaklah melalui notis bertulis, memanggil pegawai itu supaya memberikan penjelasan bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu tentang bagaimana dia dapat menyenggara taraf kehidupan sedemikian atau bagaimana dia telah mendapat sumber kewangan atau harta itu.

(2) Ketua Jabatan hendaklah apabila menerima penjelasan di bawah subperaturan (1) atau, jika pegawai itu gagal memberikan apa-apa penjelasan dalam tempoh yang ditentukan, apabila tempoh itu tamat, melaporkan hakikat ini kepada Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan berserta dengan penjelasan pegawai itu, jika ada.

(3) Apabila laporan di bawah subperaturan (2) diterima, Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu atau mengambil apa-apa tindakan lain terhadap pegawai itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Tatatertib itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.