Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian IV - TATAKELAKUAN



Peraturan 19. Dokumen atau laporan mengenai keterhutangan kewangan yang serius

(1) Jika seseorang pegawai melaporkan di bawah subperaturan 18(4) bahawa prosiding sivil telah dimulakan terhadapnya atau jika Ketua Jabatan menerima apa-apa dokumen daripada mana-mana pihak bahawa prosiding sivil telah dimulakan terhadap seseorang pegawai, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan daripada mahkamah suatu cabutan keputusan mutakhir mahkamah dalam prosiding itu.

(2) Ketua Jabatan hendaklah membuat perkiraan dengan pihak berkuasa mahkamah yang berkenaan bagi mendapatkan daripada pihak berkuasa itu apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pegawai itu—


(3) Sebagai tambahan kepada perkiraan yang boleh dibuat di bawah subperaturan (2), Ketua Jabatan hendaklah membuat perkiraan dengan Ketua Pengarah Insolvensi bagi Ketua Pengarah Insolvensi menyampaikan kepada Ketua Jabatan suatu laporan yang mengandungi perkara-perkara yang berikut:
(4) Ketua Jabatan hendaklah menghantar laporan pegawai dan cabutan keputusan mahkamah yang diterima di bawah subperaturan (1) dan laporan yang diterima di bawah subperaturan (2) dan (3) kepada Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan berserta dengan laporannya mengenai kerja dan kelakuan pegawai itu sebelum dan sejak keterhutangan kewangannya yang serius.

(5) Setelah menimbangkan semua laporan dan cabutan yang dikemukakan kepadanya di bawah subperaturan (4), Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah memutuskan sama ada hendak mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu dan, jika demikian, apa tindakan yang hendak diambil.

(6) Jika tindakan tatatertib yang diambil terhadap pegawai itu berkeputusan dengan hukuman tangguh pergerakan gaji, Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, apabila habis tempoh penangguhan pergerakan gaji itu, memerintahkan supaya suatu amaun yang sama banyak dengan amaun yang diterima daripada pergerakan gaji yang dipulihkan itu ditambahkan kepada ansuran-ansuran yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah Insolvensi atau mana-mana pemiutang penghakiman.

(7) Seseorang pegawai yang telah dilepaskan daripada kebankrapan atau yang penghakiman kebankrapannya telah dibatalkan hendaklah dikira sebagai telah memulihkan kedudukan kewangannya dengan sepenuhnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.