Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian XI - KEANGGOTAAN DAN BIDANG KUASA JAWATANKUASA TATATERTIB DAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB
Bab 1 - JAWATANKUASA TATATERTIB



Peraturan 62. Pengisytiharan kepentingan

(1) Jika Pengerusi atau mana-mana anggota sesuatu Jawatankuasa Tatatertib mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana prosiding tatatertib, dia hendaklah mengisytiharkan jenis kepentingan itu dan pengisytiharan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya pengisytiharan itu telah dibuat.

(2) Pengerusi atau mana-mana anggota sesuatu Jawatankuasa Tatatertib yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana prosiding tatatertib tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu dalam prosiding itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.