Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian XII - PELBAGAI



Peraturan 83. Tandatangan pada surat dan persuratan lain

Apa-apa surat-menyurat antara—

(a) Jawatankuasa Tatatertib dengan pegawai yang tertakluk kepada tindakan tatatertib hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib atau oleh mana-mana anggota Jawatankuasa Tatatertib bagi pihak Pengerusi.

(b) Lembaga Rayuan Tatatertib dengan pegawai yang tertakluk kepada tindakan rayuan tatatertib hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib atau oleh mana-mana anggota Lembaga Rayuan Tatatertib bagi pihak Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.