Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian II - KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN



Peraturan 5. Kegagalan memberi dan mematuhi aku janji

Seseorang pegawai yang gagal memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 23(1)(c) Peraturan-Peraturan Pegawai Majlis Agama Islam Selangor (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2007, setelah dikehendaki berbuat demikian oleh Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan atau Ketua Bahagiannya, melakukan suatu pelanggaran tatatertib dan boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.