Sel. P.U. 14/2009
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN, PENJAGAAN DAN PENGAJARAN BAGI MUALLAF (NEGERI SELANGOR) 2009

BAHAGIAN III - TATACARA MEMELUK AGAMA ISLAM



Peraturan 18. Majlis pengislaman

(1) Tertakluk kepada peraturan 17, seseorang yang ingin memeluk agama Islam hendaklah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Pendaftar Muallaf atau mana-mana pegawai atau mana-mana orang yang menguruskan pengislaman seseorang dengan disaksikan oleh dua orang saksi.

(2) Bagi seseorang yang tidak dapat bercakap boleh, bagi memenuhi kehendak peraturan 17, mendapat bantuan Juru Bahasa Isyarat yang membantu Pendaftar Muallaf atau mana-mana pegawai atau mana-mana orang yang menguruskan pengislaman seseorang memahami bahasa isyarat yang digunakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.