Sel. P.U. 14/2009
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN, PENJAGAAN DAN PENGAJARAN BAGI MUALLAF (NEGERI SELANGOR) 2009

BAHAGIAN V - PENJAGAAN MUALLAF



Peraturan 26. Perlindungan

(1) Majlis boleh menyediakan apa-apa bentuk perlindungan yang difikirkannya perlu kepada muallaf.

(2) Jawatankuasa boleh meluluskan penempatan dan apa-apa bentuk perlindungan yang difikirkannya perlu kepada muallaf.

(3) Walau apa pun subperaturan (1) dan (2), Ketua Pendaftar Muallaf boleh menempatkan muallaf di mana-mana tempat atau menyebabkan disediakan apa-apa bentuk perlindungan kepada mereka yang sebagaimana difikirkannya sesuai dan wajar.

[Gan. Sel. PU. 62/2013; s.9]




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.