Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian VII - TATACARA TATATERTIB
Bab I - AM



Peraturan 39. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menentukan jenis pelanggaran tatatertib

Jika seseorang pegawai dikatakan telah melakukan suatu kesalahan tatatertib, Pengerusi JawatankuasaTatatertib hendaklah sebelum memulakan apa-apa prosiding tatatertib berkenaan dengan pegawai itu, menimbangkan dan menentukan sama ada kesalahan tatatertib yang diadukan adalah daripada jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat atau suatu hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat.

[Pin. PU. Sel. 28/2011; s.2]




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.