Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian XI - KEANGGOTAAN DAN BIDANG KUASA JAWATANKUASA TATATERTIB DAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB
Bab 2 - LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB



Peraturan 72. Pengisytiharan kepentingan

(1) Jika Pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga Rayuan Tatatertib mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana rayuan yang dibawa di hadapan Lembaga Rayuan Tatatertib, dia hendaklah mengisytiharkan jenis kepentingan itu dan pengisytiharan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya pengisytiharan itu telah dibuat.

(2) Pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga Rayuan Tatatertib yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana rayuan yang dibawa di hadapan Lembaga Rayuan Tatatertib itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib itu berhubung dengan rayuan itu.

(3) Majlis boleh, atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkan, melantik mana-mana anggota Majlis untuk bersidang sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga Rayuan Tatatertib dalam mana-mana prosiding rayuan oleh seseorang pegawai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.