Sel. P.U. 22/2008
PERATURAN-PERATURAN TAULIAH (NEGERI SELANGOR) 2008

Bahagian I - PERMULAAN



Peraturan 2. Tafsiran

Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Enakmen” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003;

“bermastautin” ertinya menetap di mana-mana kawasan dalam Negeri Selangor selama tempoh tidak kurang daripada empat bulan;

[Mas. Sel. PU. 61/2013; s.2a]

“JAIS” ertinya Jabatan Agama Islam Selangor;

“JAKIM” ertinya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Tauliah yang ditubuhkan di bawah peraturan 3;

“MAIS” ertinya Majlis Agama Islam Selangor;
[Pin. Sel. PU. 61/2013; s.2c]
“mengajar” ertinya menyampaikan sebarang maklumat yang berkaitan dengan agama Islam melalui ceramah, forum, pengkisahan, motivasi, taklimat, tazkirah, pembentangan kertas kerja, kuliah, audio visual atau cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa;

“penganjur” ertinya Nazir Masjid atau Pengerusi Surau atau mana-mana orang yang menjemput seseorang penceramah yang mempunyai atau tidak mempunyai tauliah;

“Rekod Daftar” ertinya apa-apa rekod dalam bentuk fail, folder, cakera padat atau sistem pangkalan data; dan’;
[Mas. Sel. PU. 61/2013; s.2b]

“warganegara” ertinya seseorang warganegara Malaysia.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.