Sel. P.U. 22/2008
PERATURAN-PERATURAN TAULIAH (NEGERI SELANGOR) 2008
Bahagian IV - KELAYAKAN
Peraturan 11. Kelayakan pemohon Tauliah
(1) Seseorang yang ingin memohon mana-mana Tauliah yang disebut dalam peraturan 10, hendaklah memenuhi kehendak yang berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) beragama Islam dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
(c) berumur 18 tahun dan ke atas;
(d) sihat tubuh badan dan sempurna akal;
(e) berakhlak dengan akhlak Islam;
(f) tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah oleh Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah;
(g) mempunyai pengetahuan agama Islam sekurang-kurangnya di peringkat Empat Sanawi atau yang setaraf dengannya atau di peringkat sijil yang diperakui oleh Jawatankuasa;
(h) lulus ujian bertulis dan temuduga yang dijalankan oleh Jawatankuasa;
(i)mendapat kebenaran bertulis daripada majikan; dan
(j) bermastautin dalam Negeri Selangor.
[Subs. Sel. PU. 61/2013; s.7]
(2) Jawatankuasa boleh, atas alasan yang munasabah, mengecualikan manamana pemohon dari mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam subperaturan (1), jika difikirkan wajar dan suai manfaat untuk berbuat sedemikian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.