Sel. P.U. 22/2008
PERATURAN-PERATURAN TAULIAH (NEGERI SELANGOR) 2008
Bahagian II - JAWATANKUASA TAULIAH MAIS
Peraturan 3. Penubuhan Jawatankuasa Tauliah
Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu Jawatankuasa Tauliah MAIS terdiri daripada—
(a) Mufti sebagai Pengerusi;
[Pin. Sel. PU. 61/2013; s.3a]
(b) Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh MAIS;
[Pin. Sel. PU. 61/2013; s.3b]
(c) Penasihat Undang-undang Negeri atau wakilnya yang diberi kuasa;
(d) Ketua Polis Negeri atau wakilnya yang diberi kuasa;
(e) Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM atau wakilnya yang diberi kuasa;
(f) empat orang lain yang dilantik oleh MAIS; dan
[Pin. Sel. PU. 61/2013; s.3c]
(g) Ketua Penolong Pengarah (Dakwah atau mana-mana orang yang dilantik oleh MAIS) sebagai Setiausaha.
[Pin. Sel. PU. 61/2013; s.3d]
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.