Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian I - PERMULAAN



Peraturan 3. Tafsiran

(1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anak” ertinya anak bagi seseorang pegawai yang di bawah tanggungannya, termasuk—


“emolumen” ertinya apa-apa saraan, termasuklah gaji, pemberian tetap, pembayaran insentif dan elaun bulanan, yang kena dibayar kepada seseorang pegawai setiap bulan;

“Enakmen” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003;

“gaji” ertinya gaji pokok seseorang pegawai;

“institusi kewangan” ertinya bank atau institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau Bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276] atau mana-mana bank yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis;

“Jawatankuasa Tatatertib” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Seksyen 31 Enakmen;

“kesalahan jenayah” ertinya apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau tingkahlaku keji;

“Ketua Bahagian” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai dan bertanggungjawab bagi sesuatu sektor, bahagian, jawatan, unit, cawangan, atau apa-apa gelaran lain yang merujuk kepada jawatan yang sama dengannya dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis untuk menjalankan fungsi seorang Ketua Bahagian bagi apa-apa tempoh masa;
[Pin. Sel.PU. 16/2015; s: 2]

“Ketua Jabatan” ertinya Setiausaha Majlis atau mana-mana orang, walau dengan nama apa pun disebut, yang dipertanggungjawabkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian hal ehwal Majlis;

“koperasi” ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502];

“Lembaga Rayuan Tatatertib” ertinya Lembaga Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah Seksyen 33 Enakmen;

“Mahkamah Sivil” atau “Mahkamah Syariah” atau “Mahkamah Rayuan Syariah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003;

“pegawai” ertinya seseorang yang diambil bekerja secara tetap, sementara atau kontrak oleh Majlis, dan dibayar emolumen oleh Majlis, dan termasuklah seseorang yang dipinjamkan ke mana-mana perbadanan subsidiari atau syarikat atau mana-mana badan berkanun yang lain atau mana-mana agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana syarikat yang dalamnya Majlis mempunyai kepentingan;

“penanggung insurans” ertinya penanggung insurans yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553] atau pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312];

“sabitan” atau “disabitkan”, berhubung dengan seseorang pegawai, ertinya suatu dapatan oleh sesuatu mahkamah, termasuk Mahkamah Syariah, di bawah mana-mana undang-undang bertulis bahawa pegawai itu bersalah atas sesuatu kesalahan jenayah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.