Sel. P.U. 14/2009
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN, PENJAGAAN DAN PENGAJARAN BAGI MUALLAF (NEGERI SELANGOR) 2009

BAHAGIAN II - JAWATANKUASA HAL EHWAL MUALLAF



Peraturan 10. Mesyuarat

(1) Semua mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipanggil oleh Setiausaha atas arahan Pengerusi.

(2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa.

(3) Jika Pengerusi tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(4) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan.

(5) Walau apa pun yang diperuntukkan di bawah subperaturan (4), Pengerusi boleh, pada bila-bila masa mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat, jika perlu.

(6) Semua keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat secara persetujuan atau melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak mengundi dan jika terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.