Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian XI - KEANGGOTAAN DAN BIDANG KUASA JAWATANKUASA TATATERTIB DAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB
Bab 2 - LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB



Peraturan 78. Pendengaran rayuan

(1) Sebaik selepas menerima dokumen rayuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan 77, Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib hendaklah mengadakan suatu mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib itu untuk menimbangkan rayuan itu.

(2) Lembaga Rayuan Tatatertib itu hendaklah memutuskan tiap-tiap rayuan semata-mata berdasarkan merit alasan rayuan itu tanpa menerima apa-apa pernyataan lanjut atau keterangan tambahan.

(3) Walau apa pun subperaturan (2), Lembaga Rayuan Tatatertib itu boleh, jika difikirkannya adil dan perlu, dan tertakluk kepada hak pegawai itu untuk didengar, meminta apa-apa pernyataan lanjut atau keterangan tambahan daripada mana-mana orang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.