Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007
Bahagian IV - TATAKELAKUAN
Peraturan 8. Am
(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan, Negeri, Kerajaan dan Majlis.
(2) Seseorang pegawai tidak boleh—
(a) membelakangkan kewajipannya kepada Majlis demi kepentingan peribadinya;
(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada Majlis;
(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa—
(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada Majlis sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai Majlis; atau
(ii) dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai Majlis bagi faedahnya sendiri;
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama Majlis;
(e) kurang cekap atau kurang berusaha;
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab;
(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap Majlis, sama ada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain Majlis;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan
(j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.