Sel. P.U. 347/2007
PERATURAN -PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 2007

Bahagian IX - PENAHANAN KERJA DAN PENGGANTUNGAN KERJA



Peraturan 51. Penahanan kerja bagi maksud penyiasatan

(1) Tanpa menjejaskan Peraturan 32 dan 52, jika seseorang pegawai dikatakan atau semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan jenayah atau suatu kesalahan tatatertib yang serius, Jawatankuasa Tatatertib boleh, menahan kerja pegawai itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua bulan bagi maksud memudahkan penyiasatan terhadap pegawai itu.

(2) Dalam memutuskan sama ada hendak menahan kerja seseorang pegawai di bawah subperaturan (1), Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengambilkira faktor-faktor yang berikut:


(3) Jika, dalam tempoh seseorang pegawai itu ditahan kerja—
perintah penahanan kerja yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti berkuat kuasa mulai dari tarikh prosiding jenayah itu dimulakan atau tindakan tatatertib itu diambil terhadap pegawai itu; dan Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengambil apa-apa tindakan selanjutnya sebagaimana yang difikirkannya patut di bawah Peraturan 52.

(4) Seseorang pegawai yang telah ditahan kerja di bawah peraturan ini berhak menerima emolumen penuhnya dalam tempoh penahanan kerjanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.