Sel. P.U. 14/2009
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN, PENJAGAAN DAN PENGAJARAN BAGI MUALLAF (NEGERI SELANGOR) 2009

BAHAGIAN VI - PENGAJARAN BAGI MUALLAF



Peraturan 27. Bimbingan

(1) Majlis hendaklah mengadakan apa-apa bentuk bimbingan yang sesuai untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan kefahaman Islam kepada muallaf.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), seseorang muallaf yang telah didaftarkan di bawah peraturan 20, hendaklah menghadiri apa-apa bentuk pengajaran dan bimbingan asas yang ditetapkan oleh Majlis.

[Pin. Sel. PU. 62/2013; s.10a]

(3) Pendaftar Muallaf boleh, jika difikirkan perlu dan munasabah, mengecualikan mana-mana muallaf daripada menghadiri mana-mana kursus yang dinyatakan di bawah subperaturan (2).

(3A) Majlis boleh menyediakan apa-apa bentuk pendidikan lanjut kepada muallaf.
[Mas. Sel. PU. 62/2013; s.10b]

(4) Majlis boleh, selepas siasatan yang wajar, menghentikan bantuan yang telah diberikan kepada mana-mana muallaf yang gagal menghadiri kursus yang diadakan tanpa sebab yang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.