Tr. P.U. 19/92 KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PROSEDUR MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU) 1991
Kaedah 5. Mesyuarat khas.
(1) Yang Dipertua boleh, pada bila-bila masa, memanggil mesyuarat khas. Mesyuarat khas juga boleh diadakan di atas permintaan bertulis tidak kurang daripada satu pertiga (1/3) ahli Majlis.
(2) Tiada urusan lain yang boleh dibincangkan di dalam mesyuarat khas selain daripada apa yang dinyatakan di dalam notis mesyuarat tersebut.