Tr. P.U. 19/92
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PROSEDUR MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU) 1991




Kaedah 26. Ucapan tangguhan.

(1) Ahli Majlis boleh, dengan kebenaran Yang Dipertua atau Pengerusi, bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan urusan umum Majlis, fungsi dan kegiatannya atau mengenai perkara yang Majlis mempunyai kuasa di bawah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, DENGAN SYARAT bahawa perbincangan tidak boleh diadakan dan, tidak boleh membuat ketetapan.

(2) Ahli Majlis tidak boleh bercakap lebih dari masa yang dihadkan oleh Yang Dipertua atau Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.