Tr. P.U. 8/93
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PERATURAN-PERATURAN TANAH PERKUBURAN ISLAM) 1992




Kaedah 9. Kebenaran kebumi jenazah.

(1) Tidaklah boleh mana-mana orang mengkebumikan mana-mana jenazah melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya atau pihak yang diberikuasa olehnya.

(2) Jika berpuashati dan setelah dibayar fee yang ditentukan, Pesuruhjaya atau pihak yang diberikuasa olehnya, bolehlah mengeluarkan kepada pemohon kebenaran untuk mengkebumikan jenazah di dalam petak kubur yang ditentukannya.

(3) Walau apa pun yang terkandung dalam peruntukan di atas, Pesuruhjaya atau orang yang diberikuasa olehnya boleh mengecualikan bayaran fee yang dikenakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.