Tr. P.U. 11/87
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYAR'I 1987




Kaedah 6. Panel.

(1) Tiap-tiap seorang yang memohon sijil sebagai Peguam Syar'i adalah dikehendaki hadir di hadapan satu Panel yang dilantik oleh Majlis dengan tujuan menentukan sama ada pemohon tersebut pada pendapat Panel mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan dengan Hukum Syara', Peraturan Mahkamah, Bahasa dan Adat Melayu dan sama ada ianya seorang yang layak diberi sijil sebagai Peguam Syar'i.;

(2) Panel hendaklah mengemukakan pendapatnya untuk pertimbangan MajIis;

(3) Panel hendaklah mengandungi Yang Dipertua sebagai Pengerusi, Mufti dan tiga orang lain sebagai ahli;

(4) Sekiranya pendapat Panel tidak sebulat suara, maka pendapat lebih suara hendaklah dipakai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.