Tr. P.U. 19/92
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PROSEDUR MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU) 1991




Kaedah 25. Pengunduran diri ahli.

(1) Jika seseorang ahli Majlis ada kepentingan atau terlibat dalam satu-satu cadangan yang dibahaskan dalam sesuatu mesyuarat Majlis atau mesyuarat jawatankuasa maka ia hendaklah dengan segera meyakinkan hal itu, dan hendaklah menarik diri daripada mesyuarat itu sama ada perkara atau cadangan itu dibahas atau ditimbang.

(2) Jika ahli Majlis yang ada kepentingan itu enggan meninggalkan mesyuarat itu maka Yang Di pertua atau Pengerusi hendaklah menggunakan kuasanya menurut prosedur Majlis 23 (1), dan atau 23 (5) dan atau 23 (8).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.