Tr. P.U. 9/87
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (BORANG DAN FEE) 1987




Kaedah 2. Borang dalam Jadual Pertama.

Borang-borang yang ditetapkan dalam Jadual Pertama kepada Kaedah-Kaedah ini hendaklah digunakan bagi tujuan-tujuan berikut:

Prosiding jenayah.

(1) Borang 1 hendaklah digunakan untuk maklumat kepada Qadi;

(2) Borang 2 hendaklah digunakan untuk saman kepada orang yang kena tuduh;

(3) Borang 3 hendaklah digunakan untuk waran tangkap;

(4) Borang 4 hendaklah digunakan untuk saman kepada seorang saksi;

(5) Borang 5 hendaklah digunakan untuk bon dan bon jaminan selepas ditangkap dengan waran;

(6) Borang 6 hendaklah digunakan untuk waran tahanan;

(7) Borang 7 hendaklah digunakan bagi waran untuk menahan orang yang telah dihukum penjara atau denda;

(8) Borang 8 hendaklah digunakan untuk bon berkelakuan baik;

(9) Borang 9 hendaklah digunakan untuk waran geledah;

(10) Borang 10 hendaklah digunakan untuk izin mendakwa;

Prosiding mal.

(11) Borang 11 hendaklah digunakan untuk pernyataan tuntutan;

(12) Borang 12 hendaklah digunakan untuk pernyataan pembelaan;

(13) Borang 13 hendaklah digunakan untuk surat saman;

(14) Borang 14 hendaklah digunakan untuk saman kerana memberi keterangan atau mengemukakan dokumen;

Apil.

(15) Borang 15 hendaklah digunakan untuk notis apil;

(16) Borang 16 hendaklah digunakan untuk petisyen apil;

Pungutan kerana Khairat.

(17) Borang 17 hendaklah digunakan untuk kebenaran memungut kerana khairat;

Surat Akuan masuk Islam.

(18) Borang 18 hendaklah digunakan untuk Surat Akuan Masuk Islam;




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.