Tr. P.U. 23/87
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PENTADBIRAN MASJID-MASJID) 1987




Kaedah 7. Mesyuarat khas atau tergempar

(1) Jika urusan Jawatankuasa memerlukan Pengerusi bolehlah mengadakan satu mesyuarat khas Jawatankuasa pada bila-bila masa.

(2) Pengerusi hendaklah mengadakan satu mesyuarat tergempar Jawatankuasa dalam masa dua hari setelah menerima permintaan bertulis yang ditandatangani oleh tidak kurang daripada tiga orang ahli-ahli Jawatankuasa. Permintaan seumpama itu hendaklah membentangkan perkara atau perkara-perkara yang hendak dibawa ke mesyuarat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.