Tr. P.U. 23/87
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PENTADBIRAN MASJID-MASJID) 1987
Kaedah 2. Tafsiran
Dalam kaedah-kaedah ini, melainkan jika kandungannya menghendaki makna yang lain-
"Anak Mukim" ertinya mereka-mereka yang tetap duduk ataupun yang lazimnya duduk di dalam mana-mana mukim Masjid;
"Enakmen" ertinya ENakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986;
"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah kaedah-kaedah ini;
"Majlis" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Enakmen;
"Masjid" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Enakmen;
"Masjid Mukim" ertinya sesebuah Masjid dalam sebuah mukim masjid sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya dan termasuk masjid-masjid Kerajaan;
"Mukim Masjid" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Enakmen;
"Pesuruhjaya" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Enakmen.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.