Tr. P.U. 16/88 KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN DAN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988
Kaedah 9. Pengurus melapor pertukaran guru-guru atau pengurusan.
(1) Adalah menjadi tugas pengurus sekolah Islam melaporkan kepada Pesuruhjaya apa-apa pertukaran guru-guru atau pengurusan sekolah yang ia menjadi pengurus.
(2) Mana-mana pengurus yang gagal melaporkan apa-apa pertukaran sedemikian dalam masa tiga puluh hari dari tarikh berlakunya pertukaran itu, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah kaedah-kaedah ini.