Tr. P.U. 1/2004
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
(JAWATANKUASA MASJID) 2004




Peraturan 9. Prosedur di mesyuarat

(1) Kuorum mesyuarat jawatankuasa ialah tujuh orang.

(2) Semua mesyuarat jawatankuasa hendaklah diketuai oleh Pengerusi. Jika Pengerusi tidak hadir, ahli-ahli yang hadir endaklah memilih salah seorang daripada mereka supaya mempengerusikan mesyuarat itu.

(3) Pengerusi hendaklah menetapkan susunan perkara-perkara dalam sesuatu mesyuarat.

(4) Semua persoalan dalam sesuatu persidangan mesyuarat hendaklah diputuskan oleh bilangan terbesar ahli-ahli yang hadir dan mengundi sendiri, dan tiap-tiap seorang ahli yang hadir adalah berhak mempunyai satu undi dan sekiranya bilangan undi sama banyak maka pemutus hendaklah dibuat oleh Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.