Tr. P.U. 1/2004
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
(JAWATANKUASA MASJID) 2004




Peraturan 3. Jawatankuasa masjid dan ahli-ahli dan kuasa Pesuruhjaya

(1) Tiap-tiap masjid mukim hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang mengandungi-
(2) Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan enam orang ahli hendaklah dilantik oleh Pesuruhjaya.

(3) Lima orang ahli jawatankuasa hendaklah dipilih oleh anak qaryah dan dilantik oleh Pesuruhjaya.

(4) Tiap-tiap ahli hendaklah dilantik selama tempoh tidak lebih daripada 3 tahun, melainkan dia meletakkan jawatannya atau diberhentikan dari jawatannya atau meninggal dunia.

(5) Seorang ahli yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula.

(6) Jika dengan sesuatu sebab seseorang ahli itu tidak berupaya atau tidak berdaya menjalankan kewajipannya atau tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut dengan tidak ada kebenaran Pengerusi, ahli itu hendaklah disifatkan sebagai telah mengosongkan jawatannya.

(7) Jika mana-mana ahli meninggal dunia, meletakkan jawatan, atau diberhentikan atau disifatkan sebagai telah mengosongkan jawatannya, maka jawatan yang dikosongkan itu hendaklah diisikan dengan kaedah perlantikan yang serupa dengan perlantikan ahli yang mengosongkan jawatan tersebut.

(8) Pesuruhjaya boleh menamatkan, memberhentikan atau memecat mana-mana ahli jawatankuasa melalui notis bertulis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.