Ps. P.U. 4/90
PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KARIAH 1990




Peraturan 21. Mesyuarat Khas.

(1) Walau apapun peruntukan-peruntukan di bawah Peraturan-peraturan ini yang memperuntukan sebaliknya, Majlis boleh, dengan cara-cara yang ditetapkan olehnya, menguruskan supaya dipanggil dan diadakan suatu mesyuarat khas dengan tujuan untuk memilih ahli-ahli Jawatankuasa di dalam kariah yang belum menubuhkan Jawatankuasa di bawah Peraturan-peraturan ini.

(2) Di dalam mesyuarat khas ini ahli-ahli Jawatankuasa, selain dari pada ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis di bawah Peraturan 12(1) dan Pegawai-pegawai Masjid, hendaklah dipilih oleh anak-anak kariah dengan cara undian.

(3) Ahli-ahli yang dipilih di bawah peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan sebagai telah dipilih dan disahkan perlantikannya di dalam suatu Mesyuarat Agung Tahunan.

(4) Ahli-ahli yang dipilih di bawah peraturan ini hendaklah memegang jawatan-jawatan masing-masing sehingga dibuat perlantikan baru ahli-ahli Jawatankuasa di bawah peraturan 12, melainkan jika perlantikan itu dibatalkan di bawah peraturan 14.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.