Ps. P.U. 4/96
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Seksyen 2. Tafsiran.

Dalam Kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna lain-

"Daftar Peguam Syarie" ertinya Daftar Peguam Syarie yang disebut di dalam kaedah 14;

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Peguam Syarie yang ditubuhkan di bawah kaedah 3;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang peguam Syarie dilantik menurut Kaedah-kaedah ini tetapi tidak termasuk seseorang yang berasaskan jawatannya sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis atau Peguam Persekutuan adalah menurut kaedah 8 (2) dianggap sebagai dilantik menjadi Peguam Syarie di bawah Kaedah-kaeah ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.