Ps. P.U. 4/90
PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KARIAH 1990




Peraturan 7. Kuasa Pengerusi.

(1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab mengenai ketenteraman dan kesempurnaan mesyuarat tersebut.

(2) Jika undian di dalam sesuatu mesyuarat itu sana banyak, Pengerusi mempunyai undi pemutus.

(3) Pengerusi akan menandatangani minit mesyuarat setelah ianya disahkan.

(4) Pengerusi berkuasa menandatangani sebarang surat-surat bagi pihak jawatankuasa.

(5) Dalam perkara-perkara yang penting dan serta-merta, Pengerusi boleh meluluskan sebarang perbelanjaan menurut kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan dipersetujui oleh Majlis, dengan tidak perlu diluluskan terlebih dahulu oleh mesyuarat Jawatankuasa.

(6) Di masa Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi hendaklah menggantikan Pengerusi dan boleh menjalankan kuasa-kuasa Pengerusi.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.