Ps. P.U. 4/90
PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KARIAH 1990




Peraturan 11. Pemeriksa kira-kira.

(1) Jawatankuasa boleh di dalam mesyuaratnya melantik dua orang yang bukan ahli Jawatankuasa untuk menjadi pemeriksa kira-kira bagi sesuatu tahun.

(2) Pemeriksa kira-kira hendaklah memeriksa buku kira-kira wang Jawatankuasa sekali di dalam tiap-tiap 4 bulan dan hendaklah memberi laporan yang penuh dan lengkap atas pemeriksaan itu kepada Jawatankuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.