Ps. P.U. 6/95
MANUAL PROSEDUR KERJA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG SYARIAH, JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS (ACARA DAN BORANG 1995)




Kaedah 2.

Dalam Kaedah ini, jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:

"Ketua Pendaftar" termasuklah Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong-penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Perlis yang dilantik di bawah seksyen 28 Enakmen 1991.

"Mahkamah Syariah" termasuk Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi.

"Enakmen" ialah Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam 1991.

"Pegawai Perunding" ialah mereka yang diberi tugas mengurus dan memberi nasihat kepada pihak-pihak yang bertikai berkaitan dengan kekeluargaan Islam termasuklah Pendaftar.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.