Ps. P.U. 4/90 PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KARIAH 1990
Peraturan 10. Kuasa Bendahari.
Bendahari-
(a) hendaklah menyimpan buku kira-kira Jawatankuasa dengan betul;
(b) hendaklah menerima segala bayaran kepada Jawatankuasa dengan mengeluarkan resit-resit penerimaan yang diakui oleh Jawatankuasa;
(c) hendaklah mengeluarkan bayaran-bayaran yang telah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa dengan mengadakan baucar-baucar pembayaran yang sah;
(d) jumlah wang yang boleh disimpan di tangan Bendahari hendaklah ditetapkan oleh mesyuarat Jawatankuasa dengan persetujuan Majlis;
(e) segala wang yang berlebihan daripada wang yang boleh disimpan di tangan hendaklah disimpan di mana-mana satu bank simpanan wang menurut ketetapan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa dengan persetujuan Majlis.