Ps. P.U. 4/90
PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KARIAH 1990




Peraturan 20. Mesyuarat Agung Luar Biasa.

(1) Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan atas permintaan daripada satu pertiga daripada anak-anak kariah dalam daftar kariah.

(2) Setiausaha hendaklah mengadakan mesyuarat Agung Luar Biasa dalam masa tujuh hari setelah menerima permintaan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut.

(3) Korum bagi mesyuarat Agung Luar Biasa adalah sama seperti korum Mesyuarat Agung Tahunan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.