Ps. P.U. 4/90
PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KARIAH 1990




Peraturan 2. Tafsiran.

Di dalam Peraturan-peraturan ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain-

"anak kariah" ertinya seseorang yang beragama Islam yang tinggal tetap atau lazimnya tinggal di dalam mana-mana satu Kariah Masjid.

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan bagi sesuatu Kariah Masjid menurut Peraturan-peraturan ini.

"kariah" dan "kariah masjid" ertinya Kawasan sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis menurut seksyen 78 Undang-undang ini yang ada di dalamnya terdiri sebuah Masjid.

"Majlis" ertinya sama seperti yang ditetapkan di bawah Undang-undang ini.

"masjid" ertinya sama seperti yang ditetapkan di bawah Undang-undang ini.

"Undang-undang ini" ertinya Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1963 (No. 3 Tahun 1964).

"Yang Dipertua" ertinya Yang Dipertua Majlis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.