Ps. P.U. 4/96
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN IV - PROSIDING TATATERTIB




Seksyen 19. Permohonan untuk dikeluarkan nama dari daftar.

(1) Seseorang Peguam Syarie boleh tertakluk kepada Kaedah-kaedah ini, memohon kepada Majlis supaya namanya dikeluarkan dari Daftar Peguam Syarie.

(2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa serta disokong dengan afidavit.

(3) Jawatankuasa boleh atas sebab yang baik menghendaki pemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat permohonan itu mengikut apa-apa yang diarahkan oleh Jawatankuasa.

(4) Permohonan itu hendaklah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa dan Jawatankuasa kemudiannya hendaklah mengemukakan perakuannya kepada Majlis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.