Ps. P.U. 4/90 PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KARIAH 1990
Peraturan 8. Kuasa Setiausaha.
Setiausaha-
(a) hendaklah melakukan kerja-kerja Jawatankuasa dengan mengikut peraturan;
(b) adalah bertanggungjawab memanggil mesyuarat Jawatankuasa, mesyuarat tergempar dan Mesyuarat Agung Tahunan serta menjalankan segala keputusannya;
(c) hendaklah bertanggungjawab berkenaan dengan segala perkara surat-menyurat, menyimpan buku-buku, rekod-rekod dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Jawatankuasa;
(d) hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan merekodkan segala butir-butir dan keputusan mesyuarat;
(e) hendaklah menyediakan kenyataan (rekod) Mesyuarat Agung Tahunan;
(f) hendaklah menyimpan daftar-daftar anak-anak kariah dan rumah-rumah orang Islam dalam kariah.