Ps. P.U. 4/96
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE




Seksyen 6. Mesyuarat Jawatankuasa.

(1) Pengerusi jawatankuasa hendaklah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dan jika pengerusi tidak hadir ahli-ahli yang hadir boleh melantik salah seorang dari mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Untuk menjadikan korum bagi sesuatu mesyuarat sekurang-kurangnya tiga orang ahli perlu hadir.

(3) Keputusan mesyuarat jawatankuasa hendaklah dibuat secara bermesyuarat dan hendaklah secara bulat suara atau lebih suara ahli-ahli yang hadir.

(4) Tertakluk kepada Kaedah-kaedah ini dan apa-apa arahan Majlis Jawatankuasa boleh menetapkan prosedurnya sendiri.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.