Ps. P.U. 4/96
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN V - PERUNTUKAN AM




Seksyen 22. Pembaharuan.

(1) Tiap-tiap permohonan untuk memperbaharui Sijil Peguam Syarie hendaklah dibuat kepada Majlis tidak lewat dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil itu.

(2) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang 1 sebagaimana ditetapkan dalam Jadual 1 dan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie.

(3) Fee bagi setiap Sijil Peguam Syarie yang diperbaharui adalah seperti berikut:

(4) Seseorang Peguam Syarie yang gagal memperbaharui Sijil Peguam Syarienya sehinggalah tamat tempoh tiga bulan untuk memperbaharui sijilnya dan namanya hendaklah dianggap sebagai telah dikeluarkan oleh Majlis dari Daftar Peguam Syarie; dan jika dia berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia hendaklah memohon mengikut sepertimana yang ditetapkan oleh subkaedah (2).



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.