Ps. P.U. 4/96
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Seksyen 9. Permohonan.

(1) Seseorang yang berhasrat supaya dia dilantik sebagai Peguam Syarie hendaklah membuat permohonan kepada Majlis dengan menggunakan Borang 1 yang ditetapkan dalam Jadual 1.

(2) Setiap permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen yang perlu.

(3) Setiap permohonan hendaklah disokong oleh 2 orang penyokong yang mana hendaklah terdiri dari mereka yang berikut-
(4) Tiap-tiap pemohon selepas permohonannya diserahkan kepada dan diaku terima secara bertulis oleh Pengerusi Jawatankuasa hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di papan notis setiap Mahkamah Syariah di Perlis selama satu bulan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.