Ps. P.U. 4/96
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Seksyen 13. Sijil Perakuan Syarie.

(1) Kecuali mereka yang menurut kaedah 8 (2) dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie di bawah Kaedah-kaedah ini. Tiap-tiap orang yang dilantik menjadi Peguam Syarie hendaklah memiliki Sijil Peguam Syarie yang akan dikeluarkan kepadanya oleh Majlis setelah dia menjelaskan fee yang ditetapkan.

(2) Tiap-tiap Sijil Peguam Syarie hendaklah ditandatangani oleh Yang Di Pertua Majlis dan hendaklah dalam bentuk mengikut Borang 2 sebagaimana ditetapkan dalam Jadual 2.

(3) Tertakluk kepada kaedah 20 (3) dan kaedah 22 (3), fee bagi tiap-tiap Sijil Peguam Syarie ialah satu ratus ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.